Tuesday, October 19, 2010

Jabatan Pengurusan Sistem & Teknologi Maklumat

Jabatan Pengurusan Sistem & Teknologi Maklumat ( JPSTM ) adalah merupakan jabatan yang bertanggungjawab untuk merancang, menyediakan dan melaksanakan kemudahan teknologi komunikasi dan maklumat (ICT) yang terkini bagi seluruh perpustakaan UiTM.

Peranan Jabatan

  • Menyediakan prasarana, fasiliti dan aplikasi ICT yang mantap di seluruh perpustakaan UiTM bagi membantu menggunakan maklumat terkini dan komprehensif.
  • Memastikan sistem perpustakaan (ILMU) beroperasi dengan berkesan sama ada perpustakaan induk atau perpustakaan kampus cawangan.
  • Memastikan penyelenggaraan sistem komputer dan sistem rangkaian berfungsi dengan baik dan berkesan.
  • Memberi perkhidmatan kepada pelanggan berasaskan perkakasan, perisian serta aplikasi ICT yang terkini.
Wawasan
Menjadikan pusat maklumat yang cemerlang bagi mewujudkan masyarakat UiTM yang berbudaya ilmu dan kaya maklumat.

Misi
Beriltizam menyediakan prasarana, fasiliti dan aplikasi ICT termasuk sistem ILMU yang mantap di seluruh sistem perpustakaan UiTM bagi membantu masyarakat UiTM mendapatkan dan menggunakan maklumat yang terkini dan komprehensif melalui ICT sesuai untuk pengajaran, pembelajaran dan penyelidikan.

Objektif
  • Memperluaskan dan memantapkan perpustakaan maya dan penggunaan ILMU ( Integrated Library Management Utility ) di seluruh sistem perpustakaan UiTM.
  • Mengurangkan kekangan digital ( digital divide ) antara perpustakaan induk di Shah Alam dan perpustakaan UiTM.
  • Menyediakan infrastruktur teknologi terkini untuk PTAR dan perpustakaan kampus cawangan.
  • Memberi perkhidmatan kepada pelanggan berasaskan perkakasan, perisian dan aplikasi ICT terkini.

0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Powered by Blogger