Thursday, December 16, 2010

Laman Web Joomla versi 1.0.15 tidak lagi serasi dengan sistem sedia ada ( setelah di naik taraf di sebabkan isu keselamatan).

Untuk makluman laman web Joomla versi 1.0.15 tidak lagi serasi dengan sistem sedia ada ( setelah di naik taraf di sebabkan isu keselamatan). Oleh itu pihak tuan kena bangun semula laman web yang baru menggunakan Joomla 1.5.20. Tuan boleh cut and paste content daripada laman web yang lama kepada laman web yang baru. Untuk makluman juga, laman web juga harus berada di bawah sub folder kampus masing-masing. Misalnya http://melaka.uitm.edu.my/library . Sila berhubung dengan pihak BSMB kampus cawangan masing-masing untuk bantuan teknikal dan proses mewujudkan laman web joomla 1.5.20 yang baru.

Sila rujuk pekeling joomla daripada PSMB untuk maklumat lebih lanjut.

Susulan Gangguan pada semua Laman Web Perpustakaan seluruh PUiTM (termasuk Cawangan dan Fakulti ) satu perbincangan telah diadakan dengan Ketua Unit Web PSMB berikut adalah hasil daripada perbincagan tersebut:
ISU LAMAN WEB PERPUSTAKAAN CADANGAN PENYELESAIAN TINDAKAN
1. Membangunkan semula laman web baru menggunakan Joomla versi 1.5.20 dengan kaedah copy/cut and paste kandungan daripada laman web yang lama kepada laman web yang baru. Semua wakil J/K laman web perpustkaan cawangan /negeri/ (akan dibantu pada Bengkel Laman Web Perpustakan- Siri ke 4 , pada 27-29 Disember.
2. Pihak Unit Web PSMB akan mengadakan Template baru yang seragam untuk Laman Web Perpustakaan UiTM 2011.
Unit Web PSMB / Unit web PTAR
3. Laman web baru Perpustakaan UiTM cawangan akan diletakan di domain server cawangan
contoh: sebelum ini http://library.uitm.edu.my/penang
laman web baru akan datang http://penang.uitm.edu.my/library Unit Web PTAR akan memohon semua kepada ketua USMB cawangan installkan Joomla 1.5 didalam folder library contoh:
http://cawangan.uitm.edu.my/library

1. Laman Web Joomla versi 1.0.15 tidak serasi lagi naik taraf ke Joomla versi 1.5.20

2. Isu keselamatan ICT Laman Web Perpustakaan menghadapi serangan/jangkitan ‘Malware’ pada penghujung September 2010.

3. Hosting Centralise (berpusat) mungkin perlahan 4. Bagi penyelesaian statistik untuk laman web cawangan mungkin akan menggunakkan Google Analytic.
Unit Web PSMB / Unit web PTAR akan membuat kajian.

Sekian harap maklum.
Ahmad Faizar Jaafar
Pustakawan ( Unit e-Komponen & Web) ,Jabatan Pengurusan Sistem & Teknologi Maklumat, PTAR
Universiti Teknologi MARA, 40450 Shah Alam, Selangor. Malaysia
Tel: 603-55443731 Fax: 603-55443730
http://faizar.atspace.com/

0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Powered by Blogger