Saturday, June 20, 2009

About

PENGENALAN
Jabatan Pengurusan Sistem & Teknologi Maklumat (JPSTM) adalah merupakan jabatan yang bertanggungjawab untuk merancang, menyedia, dan melaksana kemudahan teknologi komunikasi dan maklumat (ICT) yang terkini bagi seluruh perpustakaan UiTM.

PERANAN JABATAN
Menyediakan prasarana, fasiliti dan aplikasi ICT yang mantap di seluruh sistem perpustakaan UiTM bagi membantu menggunakan maklumat yang terkini dan komprehensif.
Memmastikan sistem perpustakaan beroperasi dengan berkesan sama ada perpustakaan induk atau perpustakaan kampus cawangan.
Memastikan penyelenggaraan sistem komputer dan sistem rangkaian berfungsi  dengan baik dan berkesan.
Memberi perkhidmatan kepada  pelanggan berasaskan perkakasan, perisian serta aplikasi ICT yang terkini.

WAWASAN
Menjadikan pusat maklumat yang cemerlang bagi mewujudkan masyarakat UiTM yang berbudaya ilmu dan kaya maklumat.

MISI
Beriltizam menyediakan prasarana, fasiliti dan aplikasi ICT termasuk sistem perpustakaan yang mantap di seluruh perpustakaan UiTM bagi membantu masyarakat UiTM mendapatkan dan menggunakan maklumat yang terkini dan komprehensif melalui ICT sesuai untuk pengajaran, pembelajaran dan penyelidikan.

OBJEKTIF
Selaras dengan visi, misi dan objektif Perpustakaan Tun Abdul Razak, objektif Jabatan Pengurusan Sistem Dan Teknologi Maklumat Digital (JPSTM) adalah menyokong aktiviti pengajaran, pembelajaran dan penyelidikan di UiTM dengan:

a)    Menyediakan infrastruktur dan kemudahan ICT untuk  Perpustakaan UiTM ke arah perpustakaan digital.

b)    Memberi perkhidmatan kepada pelanggan perpustakaan berasaskan perkakasan, perisian dan aplikasi ICT yang terkini.

c)    Mengurangkan kekangan digital (digital divide) antara Perpustakaan UiTM.

d)    Menjadikan Perpustakaan UiTM sebagai pusat rujukan dan  sumber maklumat elektronik yang unggul dan cemerlang.

e)    Menyediakan perkhidmatan sokongan teknikal dan penyelengaraan yang optimum bagi memastikan semua sistem-sistem aplikasi dan peralatan komputer sentiasa berfungsi dengan sempurna.

f)    Merangka dan melaksanakan plan tindakan jangka panjang 5 tahun yang dinamik berdasarkan kepada Perancangan Strategik Teknologi Maklumat.


Piagam Pelanggan Jabatan Pengurusan Sistem Dan Teknologi Maklumat (JPSTM)

Menyedari bahawa Perpustakaan memainkan peranan yang penting di dalam pengajaran, pembelajaran dan penyelidikan di UiTM, kami berjanji untuk memberikan perkhidmatan perpustakaan yang berkualiti kepada pelanggan berlandaskan perkara-perkara berikut:-

a)    Memastikan segala kemudahan Pusat Teknologi Maklumat beroperasi sepanjang waktu perkhidmatan Perpustakaan.

b)    Memastikan penggunaan Portal Perpustakaan meningkat 70% Menjelang 2010.

c)    Memastikan 80% penggunaan ICT di dalam pengurusan perpustakaan.

d)    Memastikan peningkatan bahan koleksi digital sebanyak 5% setahun.

e)    Memastikan sistem ILMU boleh diakses sepanjang masa perkhidmatan.

f)     Memastikan setiap laporan kerosakan peralatan ICT akan diberi maklumbalas dalam masa 1 hari bekerja.




0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Powered by Blogger